Sony Corp menyasarkan menjual lima juta unit konsol permainan
PlayStation 4 dalam tempoh lima bulan selepas pelancaran yang mungkin
bersamaan dengan pelancaran konsol Xbox One keluaran Microsoft Corp.
PS4, antara sandaran utama Sony untuk meraih kembali keuntungan besar
daripada operasi perkakasan, akan melancarkan konsol itu pada 15
November di Amerika Syarikat, diikuti jualan runcit seminggu kemudian.
PS4 akan mula dijual di Jepun pada 22 Februari, sekali gus jualan dari Jepun hanya dapat memberi sumbangan kepada pendapatan Sony hanya selama sebulan menjelang tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2014.
Ketua Unit Permainan Sony, Andrew House, berkata tempahan awal untuk konsol permainan itu berjumlah satu juta unit sehingga akhir Ogos lalu.
Sony, seperti juga Microsoft sudah mengembangkan peranan konsol permainan daripada setakat medium liburan kepada peranti kawalan hiburan ruang tamu merangkumi filem, televisyen dan kandungan internet.
No comments:
Post a Comment